Saturday, 19 May 2012

Coretan seorang teman...


               Semalam seorang teman datang menemuiku.Sayu dan redup raut wajahnya.Katanya ingin berkongsi cerita tentang hidupnya.Selama ini segala cerita hidupnya hanya dipendam olehnya kerana tdk mahu org lain turut sama memikirkan tentang apa yg dialaminya.Hebat betul bisik
hatiku kerana mampu menanggung segala perasaan suka duka sendirian.Aku turut kagum dengan temanku itu.Memang cekal dan tabah orangnya walaupun lembut bicaranya bercerita tentang hidupnya.
                Semalam kisah yg telah dikongsi bersamaku ialah tentang masalah hidup yg membelenggunya selama ini.Kesian kulihat wajahnya.Keceriaan yg terpapar di wajahnya selama ini terselindung seribu duka sejuta derita.Aku hanya pendengar setia yg hanya menanti setiap kata bicaranya.Kubiarkan sahaja ceritanya bersama angin yg turut bertiup biar hatinya lega dibawa angin lalu di tepi tebingan sungai batang rajang yang tenang.
                Dia mula menceritakan tentang kebahagiaan hidupnya pada masa lalu.Dia menyatakan padaku memang hidupnya mula rasa goyah bila pantai telah berubah dipukul ombak.Kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidupnya rupanya hanya mimpi indah sahaja dan hanyalah sementara.Semuanya bermula bila satu kejadian dlm hidupnya yg tak disangka2.Tidak pernah dia menduga bahawa begitu besar ujian yg telah Tuhan berikan utknya.
                Katanya lagi,semuanya bermula bila dia mendapati suaminya yg amat disayangi,dicintai,dikasihi,dihormati dan kebanggaannya telah mencuranginya.Ceritanya lagi,tiada yg amat menyedihkan bila semuanya dikhianati oleh insan yg amat bermakna dlm hdp seseorg.Aku lihat ada manik2 halus di pipinya ituSayu suaranya meneruskan ceritanya padaku.Katanya, kecurangan suaminya telah diketahuinya bila suaminya balik bercuti.Entah kenapa balik dari mesyuarat hatinya terdetik untuk membuka laptop suaminya. Tiba2 hatinya seakan2 menjerit bila dia mendapati banyak gambar2 mesra suaminya dengan wanita lain.Ialah isteri mana yg tidak rasa bagai nak histeria bila melihat gambar2 sebegitu.Hanya Tuhan sahaja yg tahu hati isteri ketika itu.
                Katanya lagi,patutlah sikap suaminya begitu ketara berubah dari sebelumnya.Rupa2nya ada perempuan lain.Ah lelaki...kalau menipu isteri memang banyak alasan dan alasan.Seribu alasan yg diberikan...termasuk sanggup kata 'out station' sedangkan bersama dgn perempuan itu.Kata teman lagi,selalu juga suaminya tidak mengangkat telepon darinya sedangkan dahulu tidak pernah tidak terangkat telepon.Sampaikan dalam sehari entah berapa kali bertelepon dan bermsg.Arrhhghh hatiku juga turut menjerit seperti hati temanku itu...lelaki memang kaki tipu.. Untuk kesenang dan kegembiraan mereka sanggup menipu walaupun istri mrka. Ibubapa mereka sendiri pun mereka sanggup tipu.Berbeza dgn anak perempuan.
                Kata temanku lagi,semenjak suaminya mempunyai hubungan dengan perempuan itu,suaminya memang terus berubah.Cerita teman lagi perempuan yg dengan suaminya itu janda beranak dua.Ishhhhhh kesian betul si suami temanku itu.Dan si janda itu pun sanggup jugalah menghancurkan rumahtangga orang lain.Kalau dah tahu suami org jangan lah meneruskan hubungan dgn suami org.Teman ku juga ada berkongsi denganku bahawa dia pernah menghubungi janda tersebut.Ahhh bisik hatiku lagi,kalau dah janda gatal memang tak mengenal siapa.Suami org ke dia akan on je asalkan suka sama suka gatalnya.Dan si suami pula tak tahu nak menjaga status diri.
                Teman ku juga turut menyatakan bahawa sejak dr hari itu memang suaminya tidak mengambil peduli tentang dirinya dan anak mereka.Suaminya seolah olah seronok dengan janda tersebut.Jauh sekali untuk menjenguk apatah lagi untuk menghubungi mereka.Mereka berdua hidup sendirian tanpa suami dan kasih sayang dari seorang bapa.Kesian juga ku bila melihat anak mrk berdua.Comel dan semakin cerdik tapi sayang tiada kasih sayang dari seorang yg bergelar bapa.Temanku ada juga mengatakan bahawa anaknya selalu jg bertanya tentang bapanya tetapi teman hanya berdiam diri atau kalau anaknya bertanya ttg bapanya, dia akan menukar topik agar anaknya itu tdk bertanya lagi  ttg bapanya.Hebat betul kau teman utk menyenangkan hati.Tapi bagiku kau memang cekal dan tabah teman.Selama ini pun aku lihat kau membesarkan anak seorang diri.Ialah teman walaupun sebesar mana ujian yg melanda hidup kita anaklah segalanya penawar hati dan kekuatan kita.Itu memang tidak dapat dinafikan teman..
                Semalam juga teman turut mengkongsikan harapan hidupnya.Memang setiap manusia mempunyai harapan masing2 dalam hidup.Namun kita tidak pasti adakah harapan yang kita ingin dan angankan tercapai atau tidak..Hanya Tuhan yang tahu dan pasti Tuhan punya rencana bagi setiap kita.Kata teman,memang dari awal dia mempunya harapan. Harapan punya kerjaya, suami,anak,rumah,kereta dan keperluan yg lain.Samalah harapan kita teman..Semuanya telah dia miliki namun mungkinkah dia akan kehilangan salah satu darinya nanti seandainya suaminya tidak akan kembali kepadanya..kehilangan suami yang amat disayanginya.Ahhh hatiku berbisik lagi bila mendengar cerita teman...si suami yang inginkan perpisahan dan kehilangan.Ialah kalau si suami tak nak kehilangan tak akan dia meninggalkan temanku itu kerana perempuan lain.Lelaki yg betul2  menyayangi dan ikhlas kepada pasangan tidak akan meninggalkan pasangan walaupun besar dan hebatnya gelora yang melanda.Nampak benar suami teman tidak menyayangi temanku itu.
                Petang itu sejuk rasanya,ku juga berharap dan berdoa agar hati temanku itu sesejuk angin di tebingan sungai batang rajang.Biarlah hati teman lega biarlah hati teman puas.Tapi aku pasti banyak lagi cerita temanku yg ingin dikongsi dengan ku.

1 comment:

  1. maaf teman kerana telah mencoretkan kisah hidupmu dalam blog ku ini.bukan maksud ku utk mengaibkan sesiapa namun biarlah cerita kisah mu tetap bersemadi di dlam blog ku ini...

    * bersabar dan tabahlah dlm menghadapi liku2 hidup ini teman.Hidup ini penuh dengan keajaiban dan 'magic'. kadang2 memang tak terduga kita akan dugaan2 yang melanda dlm hidup kita.Inilah dikatakan ujian2 dan dugaan hidup teman.Moga ketabahan teman akan mendatangkan sesuatu yg teman harapkan selama ini.Kebagiaan akan tetap menjadi milik teman suatu hari nanti.Tuhan punya rencana yang terindah bagi setiap kita teman...
    Sy sentiasa doakan kebahagiaan teman.
    dan sy sentiasa ada untuk teman seandainya teman memerlukan sy....

    ReplyDelete